Remaja 17 tahun dikompaun RM10,000 ketika mencari ubat buat ibu

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara tidak mendaftar butiran atau mengimbas menerusi aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke sebuah kedai, seorang remaja lelaki dikenakan kompaun RM10,000 di Baru Berendam, Melaka.

Menerusi laporan mStar online, pelajar berusia 17 tahun yang enggan dikenali mendakwa dia dikenakan kompaun tersebut pada Ahad lalu ketika bergegas ke kedai runcit berdekatan rumahnya untuk mendapatkan ubat parasetamol buat ibunya.

“Saya hanya bertanya sama ada terdapat jenama parasetamol di kedai tersebut dan ketika keluar dari kedai, polis berpakaian biasa melihat saya dan mengeluarkan kompaun,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, pelajar tingkatan lima itu mempunyai seorang adik perempuan yang masih bersekolah.

Menurut remaja berkenaan, pendapatan bapanya tidak mencukupi untuk membayar kompaun tersebut sementara ibunya merupakan seorang suri rumah.

“Saya amat berharap, saya dapat membuat rayuan berhubung kompaun tersebut dan mencari wang untuk menyelesaikannya tanpa membebankan ibu bapa saya,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pelahar tersebut boleh membuat rayuan kepada pegawai kesihatan daerah (PKD) Melaka Tengah bagi pengurangan jumlah kompaun.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen