Belikan gelang emas tanda menghargai, Azmi Saat kongsi susah senang bersama isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Adat hidup dalam berumah tangga tentunya akan ada saat susah senangnya, lebih-lebih lagi pada lima tahun awal perkahwinan.

Sama seperti pasangan suami isteri yang lain, vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi saat sangat berterima kasih kepada isteri tersayang, Nazirah Muhammad yang setia di sisi walaupun pernah berdepan dengan masalah kewangan.

“Saya bersyukur dikurniakan isteri yang sangat memahami. Sebenarnya pada awal perkahwinan dalam tempoh lebih kurang dua tiga tahun, isteri banyak bantu saya.

“Apatah lagi dia merupakan penjawat awam yang mempunyai gaji tetap. Saya rasa terharu dengan kebaikan isteri,” ujarnya ketika ditemu bual gempak sempena pelancaran lagu single terbaharunya.

Menurut Azmi, isterinya pernah menggadaikan barang kemas untuk duit pendahuluan sewa rumah baharu mereka.

“Dia juga pernah menggadaikan barang kemas termasuklah menjual hantaran perkahwinan gelang emas untuk duit sewa rumah baharu,” kongsinya.

Kata Azmi, bagi membalas jasa isterinya dia akan membelikan gelang emas baharu serta menebus barang kemas yang pernah digadainya.

“Sebab itu sekarang apabila saya sudah mempunyai sedikit simpanan, saya belikan gelang emas baharu kepada isteri sebagai ganti.

“Selain itu, saya juga berikan duit untuk menebus kembali barang kemas yang pernah digadai. Saya sangat-sangat menghargainya,” katanya.

Untuk makluman, Azmi sedang sibuk dengan single terbaharunya berjudul Tulus yang merupakan karya pertama dicipta sekitar tahun 2008.

Difahamkan, lagu tersebut mengisahkan tentang pasangan terhadap orang yang dicintai iaitu seorang isteri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen