Didakwa tertekan asyik ditegur main 'game', remaja 16 tahun nekad terjun jambatan

Masalah tekanan atau kemurungan ini boleh berlaku kepada setiap individu tanpa mengira usia dan ianya berhubung kait dengan masalah peribadi atau persekitaran.

Mereka ini sudah pastinya perlu lebih diawasi kerana mereka boleh bertindak di luar jangkaan seperti membunuh diri dan itulah juga yang berlaku pada petang semalam.

Cubaan bunuh diri remaja 16 tahun

Kejadian yang berlaku sekitar jam 2.12 petang semalam itu melibatkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang bertindak cuba terjun daripada jambatan di KM 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat susur Berjaya Hills Bukit Tinggi.

Ekoran kejadian tersebut, satu video juga telah tular di media sosial yang merakamkan detik-detik cemas tersebut yang memaparkan anggota polis dan bomba yang turut bersama membantu menenangkan mangsa yang dilihat duduk di tebing Jambatan.

"Bomba juga dihubungi untuk buat bantuan memasang jaring di bawah jambatan."

"Namun, ketika proses memujuk itu, Ketua Balai Polis Bukit Tinggi Sarjan Mejar Maznan Omar sempat berlari ke arah mengsa dan  menariknya dari belakang."

-Zaiham-

 

Didakwa alami tekanan

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong iaitu Superitenden Zaiham Mohd Kahar, mangsa didakwa tertekan selepas ditegur kerana sering bermain permainan video di telefon bimbit dan bapanya  turut merampas telefon itu.

Tambahnya lagi, mangsa juga dimaklumkan mengalami kemurungan dan dalam rawatan.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen