Pernah 'crush' dekat 'senior' sekolah, kini jadi tunang selepas 9 tahun terpisah

Mempunyai peminat rahsia atau 'crush' antara perkara yang sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan pelajar sekolah.

Selalunya pelajar 'junior' yang akan menyimpan perasaan suka itu kepada 'senior' mereka dan lebih memilih untuk terus menyembunyikan perkara itu atas beberapa faktor seperti tiada keyakinan diri dan sebagainya.

Begitulah juga yang dihadapi oleh seorang pengguna Tiktok yang bernama Nur Alya ini apabila dia juga pernah menyimpan minat terhadap salah seorang 'senior' sekolahnya dahulu dan kini sudahpun menjadi tunangnya.

 

Menurut Alya, walaupun dia sedia maklum akan berpisah selepas tamat sekolah tetapi dia tetap berdoa agar dikurnikan lelaki mirip muka seperti 'senior' tersebut jika Allah tidak mempertemukan mereka lagi selepas ini.

Meninjau pula di ruangan komen, memang tidak dapat dinafikan bahawa rata-ratanya juga pernah melakukan hal yang demikian sewaktu  di sekolah dahulu dan ada juga yang senasib dengan Alya bilamana 'crush' di sekolah dulu kini selamat bergelar suami dan isteri.

'Cerita kita lebih kurang sama'

'Bestnya jodoh dengan crush'

'Harap crush akan perasan saya'

'Mudahnya jodoh awak'

'Part 2 please'

Terinsiprasi dengan kisah cinta Alya membuatkan gadis itu kini memuat naik video yang kedua berkenaan dengan kisah pertemuan mereka selepas 9 tahun itu atas permintaan warganet.

 

 

 

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen