"Mungkin tak perlu PKP secara menyeluruh lagi selepas ini." - Perdana Menteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Kerajaan berkemungkinan tidak akan lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini, tegas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam perutusan khas hari ini, beliau berkata akan melaksanakan strategi kawalan penularan COVID-19 secara lebih bersasar dengan bersandarkan sains dan data untuk mengurangkan impak negatif terhadap aktiviti ekonomi negara.

Namun, pada masa yang sama akan mengambil kira pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Kerajaan berkemungkinan tidak perlu lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh merangkumi seluruh negara atau sesuatu negeri.

"Sebaliknya, kawalan pergerakan hanya dilaksanakan mengikut lokaliti dan secara tertumpu kepada kluster berkaitan sahaja," katanya lagi.

Perdana Menteri turut berkata, ekonomi akan menjadi lebih terbuka, dan bantuan akan menjadi lebih bersasar, termasuk peralihan ke pembaharuan struktur yang lebih berkesan.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh mengenai inisiatif Penguatkuasaan Perundangan Yang Ketat dan Telus.

"Selaras dengan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, pematuhan SOP dan penguatkuasaan perundangan yang lebih ketat dan telus akan terus dilaksanakan bagi mengawal penularan wabak COVID-19," katanya lagi.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen