Penerima BPR berpendapatan RM1,000 ke bawah terima tambahan RM500

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bernilai RM20 bilion bagi mengurangkan beban rakyat serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Perdana Menteri ketika mengumumkan pakej baharu itu menjelaskan, ia membabitkan suntikan fiskal baharu kerajaan berjumlah RM11 bilion.

Dalam pada itu, golongan B40 yang hilang pendapatan akan menerima bantuan tunai sekali beri sebanyak RM500 sementara penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berpendapatan RM1,000 ke bawah akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM500 mulai Jun ini.

Muhyiddin berkata, bantuan tersebut melibatkan peruntukan RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima itu adalah inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakayat dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi membantu golongan kehilangan pendapatan.

“Dalam menghidapi cabaran wabak ketika ini, kerajaan akan terus memelihara kebajikan rakyat terutamanya mereka yang masih terjejas.

“Inisiatif kali akan lebih tertumpu kepada golongan rentan, kurang upaya dan mereka yang hilang perkerjaan,” katanya ketika bersiaran langsung hari ini.

Difahamkan, kedua-dua kategori penerima bantuan berumur antara 21 hingga 60 tahun dan mereka tidak perlu membuat pendaftaran permohonan.

Bantuan akan dibayar ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen