“Pengantin paling cantik!” - Mua kongsi wajah pengantin cacat penglihatan pada hari perkahwinan

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang tentunya ingin tampil cantik pada hari bahagianya. Sama juga seperti wanita ini yang tidak ketinggalan untuk tampil menawan dan memukau tetamu yang hadir di majlis perkahwinannya.

Manis je tuannya

Menerusi satu perkongsian video di TikTok milik jurumakep yang dikenali sebagai Cikna memaparkan transformasi wajah pengantin baru yang mempunyai masalah penglihatan.

“Dapat mekap pengantin istimewa ni, manis je dia. Suaminya istimewa juga buta mata, tapi hati tak buta tau,” kongsi Cikna pada kapsyen video tersebut.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang memuji akan kecantikan wajah pengantin yang begitu cantik serta berseri dalam persalinan busana berwarna kelabu.

Seorang kuat semangat

Sehubungan dengan itu, Cikna turut berkongsi akan kakak kepada pengantin yang mesra dengan panggilan Lin itu turut meninggalkan komen tentang kesungguhan si adik dalam menjalani kehidupan sehariannya.

Si kakak pengantin juga turut berkongsi rasa syukur apabula adiknya yang mengalami masalah ‘glaucoma’ itu akhirnya mendirikan rumah tangga pada usia 30 tahun.

Sama cantik sama padan

Dalam video yang lain pula, jurumakep itu turut berkongsi sebuah video menyaksikan pengantin perempuan bersama suami tercinta di atas pelamin.

“Moga berkekalan si cantik manis”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji akan kecantikan pengantin selain turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen