Gara-gara terbaca komen kutukan berbakul-bakul, Aishah tak sengaja block Instagram TokTi?

Oleh: Zuzu Yasmine

Umum tahu bahawa penyanyi bersuara emas, Aishah telah menggantikan posisi Datuk Siti Nurhaliza pada pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, nama penyanyi berusia 56 tahun itu menjadi perhatian di media sosial apabila Aishah, didakwa menyekat akaun Instagram bintang nombor satu negara baru-baru ini.

Mengakui perbuatan tersebut, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin mengatakan bahawa dia tidak sengaja berbuat demikian kerana tidak tahu bahawa akaun berkenaan kepunyaan pelantun lagu Cindai itu.

“Semuanya bermulanya masa separuh akhir tempoh hari. Saya ada terbaca kutukan berbakul-bakul orang terhadap saya yang ditulis dalam satu akaun Instagram. Jadi, saya block sahaja Instagram berkenaan.

“Senang cerita, nak buat apa pening kepala apabila dalam Instagram itu ramai yang hentam kita,” jelas Aishah ketika dihubungi Kosmo! Online.

Jelasnya, apabila AJL35 semakin hampir barulah dia perasan bahawa dia sebenarnya telah menyekat akaun Instagram Siti atau TokTi biarpun tidak berniat berbuat sedemikian rupa terhadap penyanyi kesayangan ramai itu.

“Apabila dah dekat nak AJL barulah saya perasan ada netizen Direct Messege (DM) kata, ‘janganlah block Siti’ macam itu. Saya periksa betul-betul baru memang ter-block akaun Instagram Siti.

“Tetapi saya tahu semua ini berpunca daripada netizen yang ‘tag’ nama saya dan apabila saya baca masa itu, orang terus hentam saya dengan kritikan mereka, saya pun block akaun tersebut. Saya pun keliru sebab banyak sgt Instagram nama beliau (Siti),” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, Aishah juga mendedahkan bahawa kini dia sudah tidak menyekat akaun penyanyi kesayangan ramai selepas menyedari perkara berkenaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen