Tular tangisan kanak-kanak & bunyi pukulan dari sebuah taska undang rasa bimbang netizen

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak pagi tadi tular akan satu video rakaman mengenai suara kanak-kanak menangis di sebuah rumah yang dipercayai di sebuah taman asuhan kanak-kanak.

Dengar suara tangisan kanak-kanak

Menerusi laman Facebook Nor Azah Abdul Jalil, dia memaklumkan bahawa hari ini merupakan hari keempat dia mendengar suara kanak-kanak menangis dia taska sebelah rumahnya.

Tambahnya, dia juga turut mendengar suara bunyi seolah-olah kanak-kanak di rumah taska itu dipukul oleh seseorang.

Bukan penyibuk

Azah juga memaklumkan bahawa dirinya bukan seorang penyibuk namun, meminta sesiapa yang menghantar anak-anaknya ke taska untuk memeriksa keadaan anak masing-masing.

"Siapa-siapa yang hanta anak kat taska, mohon cek anak korang. Siapa hanta anak kat sini, tolong tengok-tengok anak korang," tulisnya di ruangan kapsyen.

Periksa keadaan anak

Jelasnya, perkara tersebut diberi keutamaan kepada ibu bapa yang menghantar anaknya ke taska sebelah rumahnya itu.

Berdasarkan video yang dikongsikan, jelas terdengar suara seolah-olah kanak-kanak menangis selepas dimarahi dan beberapa pukulan yang membuat tangisan semakin mendalam.

"Tak sanggup nak dengar"

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai yang rata-rata meminta sumber untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa sekaligus bersimpati akan nasih anak-anak di taska tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen