Upin Ipin kain merah 'trending' di Twitter, ramai kata sedih episod kali ni

Oleh: Zuzu Yasmine

Upin & Ipin bukan sekadar hiburan buat kanak-kanak namun, juga salah satu kartun tontonan yang sangat digemari oleh remaja dan orang dewasa.

Ramai kongsi kesedihan

Terbaru, siri terbaru animasi popular Upin & Ipin telah ‘trending’ di laman Twitter dalam episod berjudul Kain Merah Ipin yang disiarkan menerusi laman Youtube.

Rata-rata pengguna laman Twitter berkongsi rasa sedihnya selepas menonton siri terbaru animasi tersebut.

Kain pemberian ibu hilang

Rupanya episod kali ini mengisahkan kain merah yang kerap kali dipakai oleh Ipin dari awal kemuculannya lagi.

Tentunya ramai yang tidak perasan akan kain berwarna merah yang dipakai oleh Ipin di belakangnya, kain tersebut bukan sekadar hiasan namun ada makna disebaliknya.

Ipin tak nak yang baru

Apa yang menyentuh hati netizen dalam episod kali ini adalah apabila kain merah pemberian ibu mereka telah hilang disebabkan oleh angin kencang. Malah, pencarian kain tersebut yang membuat rasa sebak para penonton.

Meskipun digantikan dengan yang baru namun, Ipin tetap masih menginginkan kain pemberian ibunya itu membuatkan rakan-rakan dan juga Upin turut membantu mencarinya.

Jumpa tapi dah koyak pula

Setelah puas mencari rupanya, kain tersebut telah dikoyakkan oleh Rembo iaitu ayam jantan milik atuk. 

Sedih akan perkara tersebut, Ipin pulang dan mengadu kepada nenek akan kejadian tersebut dan nenek menggantikan kain baru milik Upin.

Memang sedih episod kali ini, buat ramai merindui ibu masing-masing. Lebih-lebih lagi ketika ini masing-masing berjuahan dengan keluarga. Wajib tonton!

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen