"Abah tetap dalam hati kami."- Achey

Di hari Jumaat yang mulia ini, kita telah dikejutkan dengan khabar duka oleh seorang pelawak terkenal iaitu Achey dari kumpulan Bochey apabila ayahnda tercinta telah menghembuskan nafas terakhirnya pada lewat malam tadi.

 

Abah tak sedarkan diri

Sebelum ini, Achey memaklumkan bahawa abahnya didapati tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke hospital Segamat untuk mendapatkan rawatan lanjut.Perasaan bercampur baur ketika itu dan apa yang dia sempat akhiri kapsyennya pada muat naik gambar di Instagram ialah minta orang ramai mendoakan segala urusannya dan keluarga dipermudahkan.

 

 

'Abah tetap dalam hati kami'

Selang beberapa jam selepas itu, satu lagi gambar telah dimuat naik yang memaparkan dirinya yang sedang tertunduk diiringi dengan kapsyen yang memaklumkan bahawa abahnya sudah tiada.

 

 

 

'Al- Fatihah'

'Salam takziah'

'Moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman'

'Moga tabah'

Terbaharu, Achey turut memuat naik story di Instagram miliknya yang memaklumkan bahawa abahnya akan dikebumikan di pada hari ini di Perkuburan Islam Kg Usaha Jaya, Labis.

Didoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yag beriman dan semoga Achey sekeluarga dapat berlapang dada di atas pemergian seorang insan yang selama ini menjadi tulang belakang dalam keluarga.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen