Padah tak angkat telefon masa penghantaran, isteri terima 'whatsapp runner', terkedu suami buat tempahan untuk skandal

Mahalnya sebuah kejujuran itu adalah kerana tak semua orang berani untuk berkata benar.Lebih gemar gunakan pepatah 'biar pecah di perut, jangan pecah di mulut' yang membawa maksud lebih lama perkara itu boleh dirahsiakan, itu lebih baik.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti jatuh ke tanah juga. Peribahasa itu amat sesuai dikenakan dengan situasi yang menimpa seorang pelanggan lelaki ini apabila perbuatan curangnya akhirnya diketahui oleh isteri sendiri.

 

@lavela93

Bodoh kau tu simpan sikit🖕🏻🖕🏻bila allah tu nak tunjuk sekejap je😊##fyppppppppppppppppppppppp ##fypシ ##malaysiatiktok ##tiktokindonesia ##foyroupage

♬ original sound - BINTANG✨

 

Suami kantoi curang

Video Tiktok yang dikongsikan oleh lavela adalah menceritakan tentang bagaimana dia mengetahui perbuatan curang suaminya itu melalui seorang 'runner' yang diarahkan untuk menghantar pesanan istimewa kepada dua orang yang berbeza.

Hendak dijadikan cerita, lelaki yang menempah pesanan tidak mengangkat panggilan daripada 'runner' tersebut dan pesanan 'whastapp' juga tidak berbalas begitulah juga yang terjadi kepada penerima kedua iaitu skandalnya membuatkan 'runner' terus cuba berhubung dengan nombor lagi satu.

Hati isteri mana yang tak sakit apabila diperlakukan seperti itu oleh suami sendiri dan begitulah juga yang terjadi kepada lavela yang terus membuang 'bouquet' tersebut setelah sampai ketangannya.

 

Tindakan 'runner' dipuji

Di samping itu, meninjau ke ruanga komen ramai yang memuji tindakan cekap 'runner' tersebut yang menganggap dia seorang yang jujur. Tindakannya itu membuatkan ramai yang mengaguminya.

'Respect seller macam ni'

'Pentingnya sebuah kepercayaan'

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen