Muat naik ucapan untuk Noor Nabila buat ramai tersentuh, peminat doakan kebahagiaan Sharnaaz

Hari ini bersamaan dengan hari Jumaat pada tanggal 19 Mac, Noor Nabila dan Engku Emran telah selamat diijab kabulkan.

Ini merupakan antara saat-saat yang paling dinantikan oleh orang ramai susulan spekulasi hubungan antara mereka berdua sebelum ini.

Sharnaaz belum move on?

Pun begitu, meninjau pula ke akaun Instagram milik Sharnaaz Ahmad dia telah memuat naik 'Instastory' yang memaparkan lagu nyanyian Bob Marley yang bertajuk 'Waiting On Vain'.

Lagu yang mempunyai makna tersirat itu membuatkan orang ramai mula berandaian Sharnaaz sedang bersedih tetapi ia hanyalah spekulasi dan tuan empunya badan tidak mengulas lebih lanjut akan perkara tersebut.

Ucapan Sharnaaz buat ramai tersentuh

Bagaimanapun, pelakon drama Bukan Karena  Aku Tak Cinta itu turut tak ketinggalan menitipkan ucapan buat Noor Nabila dan Engku Emran di atas khabar gembira tersebut sekaligus berpesan agar menjaga Jebat dengan baik.

 

Ucapan yang dimuat naik oleh Sharnaaz itu nyata membuat ramai tersentuh. Selain berdoa agar selebriti itu kuat, rakan artis dan peminat turut harap agar dia dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik selepas ini.

'Sedihnya baca ucapan dia'

'Semoga cepat bertemu jodoh'

'Semoga kuat bang'

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen