Kahwin di usia muda, pengantin lelaki bertemu jodoh gadis 17 tahun

Mendirikan rumah tangga di usia muda sering menjadi bualan masyarakat masa kini kerana di zaman era baru ini kebanyakan anak muda sepatutnya  berlumba-lumba mencari duit untuk mengukuhkan ekonomi sendiri bagi menjamin kelangsungan hidup yang lebih elok di masa akan datang.

Namun, ada juga segelintir pihak yang tidak menganggap pun itu isu yang serius kerana percaya akan rezeki dan jodoh yang sudah berkunjung tiba buat mereka tanpa mengira umur.

Satu perkongsian video di Tiktok telah menarik perhatian ramai apabila abangnya yang berusia 21 tahun telah bertemu dengan jodohnya yang berusia 17 tahun. Di samping itu, abangnya juga mendahului dua orang kakak lain yang masing-masing berusia 25 dan 24 tahun.

 

Meninjau ke ruangan komen pula, nyata ramai juga yang berkongsi kisah sama seperti pasangan pengantin baru itu yang telah bertemu jodoh di usia muda sekaligus menimbulkan rasa kegelisahan segelintir individu yang masih berstatus bujang sedang usia pula semakin bertambah.

'Kalau jodoh tak kemana'

'Ramai pula yang kahwin muda'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen