Duduk agak rapat dengan abang ipar, lelaki ini beri teguran soal batas

Umum sedia maklum bahawa semalam merupakan hari pernikahan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila dengan pilihan hatinya, Engku Emran.

Banyak gambar yang dimuat naik oleh keluarga mereka di hari bahagia tersebut di media sosial. Walaupun majlis yang dibuat tertutup dengan dihadiri kerabat serta keluarga terdekat namun, masih terserlah kemeriahan pada majlis semalam.

'Teguran tentang batas'

Pun begitu, terdapat satu 'posting' gambar Neelofa di laman Instagram miliknya yang kurang enak dilihat apabila kedudukan dirinya yang berada di tengah-tengah antara abang iparnya Engku Emran dan Noor Nabila sekaligus dianggap selebriti itu tidak menjaga batas dengan lelaki yang bukan mahramnya.

Susulan perkara itu, seorang penulis tampil membangkitkan isu tersebut dengan mengeluarkan satu kenyataan yang berbentuk teguran bukan sahaja tertumpu kepada selebriti terbabit bahkan juga untuk orang ramai supaya dijadikan pedoman.

"Saya menulis di sini dengan harapan dan doa moga cara sebegini TIDAK dijadikan stail, budaya atau trend atas alasan ikut selebriti buat."

"Banyak kali berlaku, diulangi oleh orang berlainan, saya risaukan ia menjadi budaya, normal dan 'tak apa' sedangkan ianya salah."

Di samping itu beliau turut menitipkan pesan kepada orang ramai agar tidak terlalu ikut dengan budaya sehingga membelakangi perkara yang hak dan batil dalam sebarang situasi.

Muat naik status oleh penulis berkenaan nyata mendapat respon yang wajar dari pengikutnya di Facebook sekaligus menganggap itu satu teguran yang bagus untuk orang ramai.

'Bagus untuk peringatan semua'

 

'Jaga imej berniqab'

 

 

'Hadam betu-betul'

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen