Buah pinggang hanya berfungsi 19 peratus, Along Ezendy bakal jalani pembedahan

Pelakon ini pernah aktif di layar panggung sewaktu ketika dahulu, walaupun hanya sebagai watak sampingan tetapi bakat dan kehebatan lakonannya memang tidak dapat diduga lagi.

Namun, sejak beberapa tahun ini Along Ezendy tidak kerap lagi muncul di kaca televisyen sehinggalah keluar sumber yang mengatakan bahawa kini dia sedang bertarung dengan sakit buah pinggangnya.

'Kalaulah aku...'

Pelakon filem Karak itu memaklumkan bahawa dia dikhabarkan akan sakitnya itu sewaktu meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-40 selepas menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapati buah pinggangnya rosak, hanya 19 peratus berfungsi.

Tambahnya lagi, dia menyesal kerana tidak kerap membuat pemeriksaan kesihatan dan mungkin dia akan dapat tahu sakitnya itu lebih awal.

Menurut Along, kali terakhir dia menjalani pemeriksaan kesihatan ketika usianya 18 tahun.

"Kalaulah dulu saya kerap lakukan pemeriksaan kesihatan, mungkin buah pinggang saya dapat diselamatkan."

-Along-

 

Galakkan orang ramai kerap buat 'check-up'

Susulan ujian yang menimpanya ketika ini, Along turut menasihati orang ramai agar menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui keadaan tubuh badan kerana dia tidak mahu orang lain kena nasib yang sama sepertinya sekaligus menitipkan semangat buat mereka diluar sana yang senasib dengannya.

"Saya nak beri kesedaran kepada orang ramai bahawa pemeriksaan kesihatan itu adalah perlu walaupun kita sihat, tapi kita tak tahu dalaman kita sama ada sihat atau tak."

"Kepada mereka yang sama seperti saya, saya faham apa yang berlaku mampu membuatkan kita bersedih dan kemurungan, saya melaluinya."

"Namun sama-sama kita bangkit. Sama-sama wujudkan semula semangat untuk terus berjuang dan teruskan kehidupan demi kelangsungan kita dan keluarga."

-Along-

Bakal jalani pembedahan

Selain itu, dia turut memberitahu bahawa dia akan menjalani pembedahan buah pinggang  sekaligus sudah beberapa kali melakukan ujian dan didapati buah pinggangnya semakin teruk.

"Keadaan buah pinggang saya semakin teruk dan saya rasa sekarang memang sudah rosak sepenuhnya."

-Along-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen