Walaupun dah bercerai tapi masih berkawan baik, wanita tabah sambut 'birthday' bekas suami

Oleh: Zuzu Yasmine

Mana-mana suami isteri tentunya ingin mahligai yang dibina itu kekal selamanya hingga ke hari tua. Tidak pernah terlintas difikiran untuk berakhir pada sesuatu perkara yang tidak diduga.

Namun, sebagai manusia hanya mampu merancangan tapi perancangan Tuhan lebih hebat dari segala-galanya.

Berpisah tapi masih berkawan

Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, pengguna Nadyahoney berkongsi sekeping gambar terakhir sebelum dia dan pasangan masuk mahkamah.

“Jodoh itu rahsia Tuhan,” kongsinya diruangan kapsyen.

Menurut wanita berkenaan, dia dan bekas suami berpisah secara baik dan masih lagi terus berkawan walaupun sudah berpisah.

Sempat sambut ulang tahun bersama

Malah, wanita berkenaan juga sempat menyambut ulang tahun kelahiran lelaki berkenaan bersama-sama serta mendoakan kebahagiaannya.

“Moga dia bertemu jodoh dengan wanita yang lebih baik sebab dia pun lelaki yang baik,” luahnya.

“InsyaAllah akan digantikan dengan lebih baik”

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet yang rata-rata berkongsi pengalaman akan rumah tangga dan pencerian yang mereka alami selain turut mendoakan kebahagiaan wanita berkenaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen