"Muka handsome tak boleh beli Ferrari pun..." - Ain Edruce mengakui pandang harta berbanding rupa

Oleh: Zuzu Yasmine

Pelakon dan pengacara Ain Edruce mengaku lebih memandang harta berbanding rupa apabila bercakap mengeni soal memilih pasangan.

Penting suami punyai kewangan

Menerusi dalam satu program temubual, Ain atau nama sebenarnya NurulAin Edruce menjelaskan bahawa dengan situasi pandemik ketika ini, penting untuk seorang wanita memilih bakal suami yang mempunyai asas kewangan yang kukuh.

“Dulu-dulu rancang selepas kahwin nak jadi suri rumah je sebab mak saya suri rumah. Jadi mindset dah tetapkan nak cari suami kaya. Kemudian bila bercinta tak jadi, buat saya masuk dalam industri seni tanah air untuk cari duit sendiri.

“Contoh sekarang dengan tempok Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mengndung lagi… Saya bila mengandung memang tak ambil kerja. Jadi kalau suami sendiri tak kukuh dari segi kewangan, saya pun tak tahu nak survive macam mana,” ujarnya.

Pernah dibandingkan rupa dengan suami

Menurut pelakon berusia 30 tahun itu, dia mengkaui bahawa suaminya Amirul Hafiz pernah terasa hati apabila ada segelintir netizen membandingkan rupa paras mereka.

“Saya hanya pesan kat dia, biasalah netizen ni mulut diorang main cakap je. Kita tak tahu muka diorang macam mana. Yang menaip tu, muka dia macam mana.

“Yang paling penting, saya bukan jenis tengok rupa. Muka handsome tak boleh beli Ferrari pun. Sebagai perempuan, lelaki yang ada kewangan yang kukuh sangat penting. Saya rasa harta tu bonus,” katanya.

Terdahulu Ain dan suami telah disatukan pada 13 Disemberi 2019 selepas enam bulan bertunang dan bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen