Berani panggil kekasih dengan gelaran 'B' atau 'baby', Zulin Aziz tak berselindung

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini tular akan pelakon Zulin Aziz memuat naik beberapa keping gambar bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Farhan Norzaini.

Posting tersebut dihujani dengan doa serta ucapan selamat pengantin baru daripada para peminatnya.

Kongsi panggilan manja

Tidak mahu berlindung lagi, Zulin juga berani memanggil kekasihnya dengan gelaran 'B' atau 'Baby' menerusi kapsyen dalam Instagram.

Bagaimanapun, sehingga kini, Zulin belum bersedia berkongsi secara mendalam mengenai kisah cinta bersama Farhan.

"Saya dan Farhan kenal sejak setahun lalu. Dia mengenali ketika saya masih berisi lagi. Jadi, tiada tanggapan sudah kurus baru nak ada kekasih.

"Farhan selalu menyokong apa sahaja yang saya lakukan termasuklah berniaga dan jadi rakan kongsi perniagaan. Jujurnya, saya sangat cintakan Farhan," katanya.

Tak mahu kongsi lagi

Pelakon berusia 32 tahun itu juga turut memohon maaf kepada teman media kerana niatnya mahu berteka-teki atau bermain tarik tali soal peribadi pada masa ini.

"Bukan saya nak mengelak menjawab isu perhubungan dengan Farhan. Cuma, kisah cinta biarlah kami simpan buat masa ini.

"Apabila sudah berkahwin, insya-Allah saya berkongsi cerita," tambahnya.

Bukan pelakon

Zulin juga turut mendedahkan bahawa jejaka berkenaan bukan pelakon dalam video muzik ataupun mempromosikan perniagaannya.

"Memang nak tergelak membaca komen netizen dalam media sosial mengenai Farhan. Bagaimanapun, saya mahu menegaskan Farhan bukan pelakon dalam video muzik. Dia juga bukan pelakon untuk mempromosi bisnes saya," jelasnya.

Tambahnya, dia dan Farhan kini sedang mencari rezeki bersama dalam dunia perniagaan malah mengharap dia ramai buat mereka.

Terdahulu, Zulin memuat naik foto memaparkan dia menggayakan baju kurung, sementara lelaki tersebut menyarung baju-T kosong berwarna putih dan berkain pelekat di Instagram miliknya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen