Rakan baik pakai baju sedondon rai hari bahagia Neelofa & PU Riz?

Oleh: Zuzu Yasmine

Masih lagi mengunci rapat mulutnya walaupun pelbagai ura-ura sudah tersebar akan majlis perkahwinan selebriti dan usahawan popular Neelofa dan juga pendakwah muda PU Riz yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini.

Kalau sebelum ini tersebar akan majlis perkahwinan pasangan ini bakal berlangsung di di sebuah hotel terkemuka, serta Neelofa mohon doa ramai yang menguatkan lagi kontroversi tersebut.

Rakan baik pakai baju sedondon

Kali ini bagi menguatkan spekulasi apabila Instagram salah seorang rakan baiknya, Shameela Seddek memuat naik beberapa gambar dan video dalam Insta story memaparkan beberapa teman sedang bersiap dengan berpakaian berona merah.

Foto itu dipercayai diambil dalam bilik Neelofa. Namun, tiada kelibat Neelofa muncul dalam entri berkenaan. Kelihatan juga mereka sedang sibuk membuat persiapan, sekali gus menguatkan dakwaan ada majlis besar yang bakal berlangsung, tidak lama lagi.

Sebelum ini, sebuah entri video menerusi akaun Instagram @lofa.page memaparkan PU Riz di sebuah kedai sambil membelek sampin songket tular. Bagaimanapun, video berkenaan dipadam selepas beberapa jam dimuat naik, kelmarin.

Semoga urusan mereka untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan dan pastinya para peminat pasangan ini akan turut gembira.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen