Didakwa curang dengan Nissa Sabyan, Ayus & Isteri sah bercerai

Oleh: Zuzu Yasmine

Hujung Februari lalu, kecoh akan khabar percintaan vokalis kumpulan Sabyan, Nissa dengan salah seorang anggotanya, Ayus di negara jiran Indonesia.

Perkara tersebut menjadi buah mulut orang memandangkan Ayus merupakan seorang suami kepada Ririe Fairus serta sudah memiliki cahaya mata bersama.

Ayus dan Ririe bercerai

Sudah tidak dapat menahan perasaan dengan kecurangan Ayus dan Nissa, Ririe akhirnya memutuskan untuk meminta cerai pada Januari 2021.

Setelah sebulan isu tersebut hangat diperkatakan akhirnya, Ayus atau nama sebenarnya Ahmad Fairuz dan isterinya Ririe Fairus telah dilaporkan sudah sah bercerai.

Ayus tak datang mahkamah

Bagaimanapun, menurut Tribun News, Ayus tidak menghadiri keputusan prosiding peceraian mereka itu.

Bagaimanapun, Ririe yang hadir ke Mahkamah Agama Jakarta Utara sewaktu ditemui media mengatakan dia redha di atas penceraian yang terjadi.

“Saya terima keputusan ini dengan sebaiknya,” kata Ririe.

Ririe turut memberitahu bahawa Ayus masih bebas bertemu dengan anak-anak mereka meskipun sudah bercerai.

Skandal didedahkan oleh adik sendiri

Difahamkan, hubungan sulit pasangan itu didedahkan oleh adik Ayus sendiri iaitu Fadhila Nova dalam satu temubual.

Menurut Fadhila, Ayus dan Nissa sudah menjalinkan hubungan skandal sejak dua tahun lalu namun, rahsia percintaan mereka terbongkar pada Julai 2019 selepas Ayus terlupa memadam perbualan dalam pesanan di aplikasi chat bersama Nissa.

“Abang saya lupa menghapus chat mereka. Jadi skandal mereka diketahui dari situ,” ujar Fadhila.

Sehubungan dnegan itu, Ayus membuat video pemohonan maaf atas apa yang berlaku namun, keluarga Nissa membantah anak gadisnya mempunyai hubungan sulit dengan suami orang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen