Temui kesan tembakan di kepala, anggota polis ditemui maut dalam kereta bersama anak berusia 7 tahun

Menerusi laporan yang dipetik daripada Utusan Malaysia, satu kejadian bunuh diri dan bunuh telah berlaku yang melibatkan seorang anggota polis berpangkat koperal bersama anaknya di Jalan Widuri 1, Taman Sentosa Jaya.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban iaitu Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim , si mati merupakan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan dipercayai telah membunuh diri dengan menggunakan senjata api jenis pistol pasukan.

Penemuan dua beranak maut dalam kereta

Tambahnya lagi dalam satu kenyataan, pihak polis menerima maklumat pertama yang disalurkan MERS 999 pada jam 6.42 petang semalam berhubung dengan kejadian tersebut.

"Respons pertama telah sampai di tempat kejadian pada pukul 6.55 petang dan didapati seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak telah meninggal dunia, dalam sebuah kereta jenis proton wira."

"Hasil siasatan didapati si mati telah membunuh diri dengan menggunakan senjata api jenis pistol dan butiran si mati adalah seorang anggota polis yang bertugas di IPD Seremban dan menggunakan pistol pasukan."

-Mohd Said-

Temui kesan tembakan di kepala

Untuk makluman, kanak-kanak yang ditemui mati berusia 7 tahun dan siasatan awal mendapati ada kesan tembakan di bahagian kepala pada kedua-dua si mati iaitu pada ayahnya serta kanak-kanak tersebut.

"Seorang lagi dipercayai anak kepada di mati dan kita merasakan ia adalah satu kejadian tindakan membunuh diri dan juga bunuh."

"Kita percaya, si mati telah menembak anaknya berumur tujuh tahun dan selepas itu telah menembak dirinya sendiri. Kecederaan setakat ini, siasatan awal diperoleh adalah kesan tembakan di bahagian kepala pada kedua-dua si mati."

-Mohd. Said-

Masih siasatan awal

Bagaimanapun, menurut Mohd Said motif masih dalam siasatan dan terlalu awal untuk memberikan penjelasan dan kemungkinan ia berkaitan dengan masalah keluarga yang dialami oleh si mati.

"Motif masih dalam siasatan dan masih terlalu awal memberikan penjelasan tetapi saya percaya si mati mempunyai masalah keluarga."
-Mohd. Said-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen