Dengan sekali lafaz, Neelofa sah bergelar isteri kepada PU Riz

Nama Neelofa tidaklah lagi asing kedengaran lebih-lebih sejak kebelakangan ini banyak terpampang di media sosial berkenaan dengan desas-desus yang mengatakan dia bakal melangsungkan pernikahan hujung minggu ini.

Petunjuk demi petunjuk yang dikongsikan bukan sahaja dari Neelofa sendiri bahkan juga ahli keluarganya yang lain dan susulan perkara itu, para peminat turut mula menghitung hari bahagia selebriti berusia 31 tahun itu dengan pasangannya yang merupakan seorang pendakwah bebas dan juga selebriti iaitu PU Riz.

Selamat Pengantin Baru!

Yang dinanti-nantikan akhirnya berkunjung tiba, sepakat memilih tarikh 27 Mac 2021 untuk disatukan, Neelofa kini sah bergelar isteri kepada PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail dengan sekali lafaz.

Untuk makluman Neelofa telah dinikahkan oleh adik lelakinya iaitu Mohd Aqief Mohd Noor.

Dihadiri keluarga terdekat

Majlis yang didadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur itu hanya dihadiri kerabat terdekat dari kedua-dua belah pihak serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

 

Tahniah diucapkan buat merpati dua sejoli ini, didoakan agar hubungan yang terjalin antara Neelofa dan PU Riz hari ini berkekalan hingga ke Jannah.

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen