Sebagai tanda balas jasa, staf sepakat hadiahkan gelang emas untuk 'cleaner office' di hari terakhir bekerja

'Cleaner' atau tukang pembersihan antara individu yang sebenarnya banyak menyumbang jasa dalam sesebuah bangunan kerana pekerjaannya dianggap mulia demi memastikan kebersihan persekitaran terjaga.

Menerusi perkongsian di Twitter oleh pemilik akaun IzwanSajjer, dia telah memuat naik hantaran di platform tersebut berkenaan dengan staf di syarikatnya yang menghadiahkan seutas gelang tangan emas buat tukang pembersih di tempat dia bekerja.

 

 

Menurutnya, syarikat tersebut akan berpindah ke Kuala Lumpur jadi, kontrak kerja tukang pembersihan yang mesra di sapa Kak Jati terpaksa ditamatkan.

Justeru itu, bagi membalas segala jasa Kak Jati setelah sekian lama berkhidmat jadinya mereka sepakat untuk menghadiahkan seutas gelang tangan emas buat Kak Jati.

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-ratanya turut terharu dengan tindakan Izwan dan staf yang lain walaupun berlainan bangsa dan negara nilai saling hormat menghormati masih wujud demi kepentingan perpaduan bersama.

'Moga Allah murahkan rezeki kalian'

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen