Sebak di hari bahagia kakak, Aqief terdiam seketika semasa sesi akad nikah buat ramai tersentuh

Majlis pernikahan Neelofa terlihat meriah walaupun dibuat secara tertutup dengan dihadiri oleh kerabat terdekat dan pihak media. Pun begitu, pematuhan SOP masih diketengahkan dalam majlis tersebut seperti yang ditetapkan.

Hari ini pada sekitar jam 11 pagi, selebriti terkenal, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat disatukan dengan lelaki pilihan hatinya iaitu PU Riz.

Untuk makluman, Neelofa telah dinikahkan oleh adik lelakinya iaitu Mohd Aqief Mohd Noor dan semasa sesi akad nikah berlangsung terakam satu 'moment' apabila Aqief terdiam secara tiba-tiba.

 

Sebak semasa nikahkan kakak

Tidak dapat diketahui puncanya namun, rata-ratanya seperti faham dengan apa yang sedang dirasakan oleh Aqief ketika itu yang barangkali terasa kehilangan, kerinduan terhadap kakaknya selepas ini.

 

'Auto sebak'

Di samping itu, video yang tular itu turut menarik perhatian ramai apabila perasaan sebak turut dirasai oleh kebanyakan mereka yang menonton video tersebut.

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen