10 tahun menanti, Irwansyah & Zaskia kini selamat timang cahaya mata lelaki

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas menanti hampir 10 tahun, pelakon dan penyanyi Indonesia, Irwansyah dan pasangannya Zaskia Sungkar akhirnya bergelar ibu dan bapa.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Irwansyah menerusi akaun Instagram miliknya dengan berkongsi detik isterinya di dewan bersalin.

Irwansyah kini begelar bapa

Difahamkan, bayi lelaki pasangan ini dilahirkan dengan seberat 3.4 kilogram serta diberi nama Ukkasya Muhammad Syahki.

Menurut laporan Kompas, Zaskia mengatakan bahawa nama anak sulungnya Syahki itu diambil daripada singkatan mereka suami isteri iaitu Zaskia dan Irwansyah.

Sebak dengar suara azan

Dalam pada itu, moment Irwansyah sedang melantunkan azan buat anak pertamanya itu mendatang sebak buat mereka yang mendengarnya.

“Siapa pun yang hadir akan tersentuh,” tulis akaun tersebut.

Sehubungan dengan itu, Zaskia juga dikatakan melahirkan anak secara pembedahan atas nasihat doktor disebabkan mengalami sedikit masalah akan kedudukan bayi ketika dalam kandungan.

Apa-apa pun, tahniah buat kedua pasangan yang begitu sabar menanti cahaya mata serta kini telah bergelar ibu dan ayah.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen