Bukan pergi bulan madu, Neelofa & PU Riz ke Langkawi atas urusan kerja

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru sahaja bergelar suami isteri pada Sabtu lalu, pasangan selebriti terkenal Neelofa dan PU Riz terus menerus mendapat perhatian netizen.

Sebelum ini kecoh diperkatakan bahawa pasangan pengantin ini telah melanggar larangan rentas untuk ke Langkawi bagi berbulan madu.

Menafikan akan perkara itu, pihak francais minuman terkenal iaitu Chatime telah tampil mempertahankan pasangan berkenaan dengan menyatakan bahawa mereka pergi atas urusan kerja kerana melibatkan salah satu pembukaan di Zon Utara.

“Untuk makluman, Neelofa dan Muhammad Haris sedang menjalankan lawatan kerja ke 3 lokasi di Zon Utara iaitu Sungai Petani & Langkawi (Kedah), serta Kangsar (Perlis) bagi tujuan pembukaan cawangan-cawangan baru Chatime di Zon Utara,” tulis kenyataan tersebut.

Sehubungan dengan itu, memetik laporan Berita Harian, pihak Polis Daerah Brickfields mengesahkan memberi kebenaran kepada selebriti Neelofa dan tiga yang lain untuk bergerak ke Pulau Langkawi atas urusan kerja dan bukan untuk berbulan madu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni, berkata mengikut permohonan itu, mereka dibenar bergerak ke lokasi tujuan bermula 27 Mac hingga 4 April ini.

"Hasil semakan pada borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditandatangani oleh Ketua Polis Balai, Balai Polis Sri Hartamas, sebab pergerakan keluar empat individu ini adalah untuk urusan kerja.

"Syarikat terbabit turut mengeluarkan surat memaklumkan nama Neelofa dan tiga yang lain berserta nombor kad pengenalan sebagai mewakili mereka untuk melawat kawasan Chatime yang akan dibuka," katanya.

Sejak semalam, beberapa gambar memaparkan Neelofa dan suaminya, Haris Ismail, berada di Langkawi tular di media sosial hingga menimbulkan beberapa persepsi, termasuk dakwaan merentas negeri untuk berbulan madu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen