Bermula dari pelanggan 'perfume', gadis tak sangka kini disunting jadi isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Pertemuan setiap pasangan itu tidak sama, ada yang bertemu dari sekolah malah ada juga yang bertemu secara kebetulan.

Bagaimanapun, yang penting adalah keikhlasan dan kesungguhan seseorang itu untuk terus berjuang menghalalkan hubungan yang terbina.

Bermula dengan pelanggan

Seperti gadis ini yang berkongsi kisah akan pertemuan dirinya dengan suami tercinta yang dahulunya pernah menjadi pelanggan kepada produk jualannya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Syafiqah Aishah memaparkan tangkapan layar perbualan pertama kali mereka.

Difahamkan, Aishah merupakan penjual minyak wangi manakala suaminya pula adalah pembeli yang berminat untuk membeli.

Mula follow antara satu sama lain

Menurut tangkap layar yang dikongsikan itu, dapat dilihat suaminya yang memulakan langkah dengan mengikuti gadis tersebut di Instagram.

Tidak sangka dengan permulaan tersebut membuatkan mereka menjadi suami isteri pada Mac lalu.

“Aku jual minyak wangi tak ada yang sangkut pun”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah sekalin tidak menyangka jodoh akan datang dari pelbagai cara.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen