Ingin jadi seperti ayah, gelagat adik ini bertopi askar panjat 'grill' jadi perhatian

Peribahasa Melayu ada berbunyi mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi yang bermaksud apa yang dilakukan oleh ibu bapa adalah cerminan buat anak-anak di masa akan datang, jika baik nilai murni yang ditunjukkan maka itulah yang akan dijadikan pedoman mereka sepanjang zaman.

Susulan itu, peribahasa tersebut juga amat sesuai dipadankan dengan situasi budak kecil ini yang dikatakan mempunyai sifat kepahlawanan seperti ayahnya yang merupakan seorang tentera.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Dekyatt93 di akaun Tiktok menyaksikan gelagat anaknya sedang memanjat pintu 'grill' rumah sambil memakai topi askar milik ayahnya.

 

Gelagat lucu si anak meraih perhatian ramai orang sekaligus memenuhi ruangan komen dengan mendoakan agar anaknya menjadi seorang tentera seperti ayahnya di masa akan datang.

'Lain macam latihannya'

'Bakal pejuang negara'

 

'Anak perempuan ikut ayah'

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen