Saksi diminta tampil segera, polis giat buru 4 remaja terlibat kes gaduh di Kelantan

Baru-baru ini telah tular satu video yang menyaksikan beberapa orang remaja perempuan bergaduh dan dipercayai kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati sebelah pihak namun, masih belum dapat disahihkan lagi akan motif tersebut.

Polis giat buru 4 remaja

Ekoran kejadian terbabit, kini polis Kelantan giat memburu empat remaja perempuan tersebut bagi membantu siasatan berhubung kes pukul yang tular di media sosial pada Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Kelantan iaitu Datuk Shafien Mamat, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah telah digerakkan untuk mengesan kesemua suspek terlibat dalam pergaduhan itu.

"Setakat ini, motif kejadian masih belum diketahui."

-Datuk Shafien-

Saksi diminta hadir segera

Di samping itu, dalam satu kenyataan beliau turut menasihatkan agar saksi kejadian hadir ke IPD Tanah Merah sebelum tindakan mengesan dan tangkapan dilakukan dan untuk makluman kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen