Mekap buruk & veil lusuh, pengantin kecewa dianiya mak andam terjun

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan pengantin tentunya mahukan satu penampilan yang istimewa dan sempurna pada hari bahagia dirinya.

Disebabkan itulah, mereka sanggup membayar mahal mak andam atau MUA bagi memastikan terlihat lebih menawan berbanding hari biasa.

Bagaimanapun, malang nasib pengantin ini apabila menjadi mangsa mak andam sehingga hari bahagia berubah menjadi hari yang memalukan buat dirinya.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Yana Nazaruddin apabila kecewa akan hasil mak andam selepas membayar satu jumlah yang agak mahal.

Menurut Yana, dirinya rasa teraniya apabila jurusolek yang memainkan peranan penting di majlis kahwinnya menyediakan veil dan crown dengan sambil lewa malah hasil makeup juga tidak memuaskan hati.

Tidak hanya itu, Yana juga cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak tersebut namun hanya menerima bluetick WhatsApp sahaja.

“Assalamualaikum, dah lama pendam tunggu permintaan maaf dari dia selama 24jam tapi yang dapat hanya bluetick sahaja .Entahlah sedih kecewa semua ada tak tahu nak rasa apa bila kena aniaya mcm ni,” tulis Yana.

Lebih mengecewakan apabila dia tdak menerima pemohonan maaf sebaliknya tidak menerima kenyataan apabila hasil kerjanya dipertikaikan oleh pelanggan.

“Sumpah membazir duit hire mak andam terjun. Permintaan maaf bila ditegur langsung tak wujud ya dan tak boleh terima kenyataan. Tak boleh berbincang,” luah Yana.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai warganet yang rata-rata turut bersimpati akan nasib pengantin tersebut selain turut geram akan tindakan tidak bertanggung jawab dari mak adam.

Difahamkan, pengantin membuat tempahan pada mak andam lain namun tidak dapat hadir kerana ada hal yang tidak duga.

Bagaimanapun, seorang MUA terkenal iaitu MUA Bellaz telah tampil untuk mengembalikan kegembiraan pengantin tersebut dan sedang cuba menghubunginya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen