Cuak hidung diambil, gelagat budak perempuan menangis buat netizen terhibur

Oleh: Zuzu Yasmine

Gelagat kanak-kanak sememangnya mencuit hati, mana tidaknya sikap mereka yang begitu dramatic akan membuat sesiapa sahaja terhibur.

Lebih-lebih lagi apabila ada yang melayan dan bergurau dengan mereka, memang seronoklah mereka ini.

Seperti gelagat kanak-kanak perempuan ini yang begitu comel sekali selepas bergurau senda dengan makciknya.

Kalut hidung kena ambil

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang wanita dikenali ashkmdn berkongsi moment bersama anak buahnya.

Dapat dilihat bahawa wanita berkenaan bertindak seolah-olah mengambil hidung kanak-kanak perempuan itu ketika sedang berbual.

Letak hidung balik

Perkara tersebut membuatkan kanak-kanak berkenaan cuak sekaligus menangis kerana kehilangan hidung.

"Nah-nah, ambik hidung balik," ujar wanita berkenaan.

Apabila hidungnya dipulangkan, kanak-kanak tersebut mengambil semula dan meletakkannya membuatkan ramai terhibur.

Malah, makciknya juga sempat bertanya ada tak hidungnya membuatkan kanak-kanak tersebut mengangguk sambil menangis.

"Ada tak hidung?" soalnya.

Mokteh kuat menyakat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur akan gelagat kanak-kanak perempuan itu selain turut memuji akan kecomelannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen