Gara-gara 'Google Maps' rombongan pengantin lelaki sesat ke majlis tunangan orang

Oleh: Zuzu Yasmine

Biasanya ketika mengadakan majlis kahwin ataupun pertunangan, rombongan pihak lelaki tentunya akan membawa saudara mara mereka ke rumah bakal pasangannya.

Bagaimanapun, lain pula akan terjadi pada pengantin ini apabila dirinya menunggu pihak lelaki datang namun tidak mucul sesuai pada masa yang ditetapkan.

Rombongan tak datang 

Rupa-rupanya, rombongan tersebut telah pergi ke rumah yang salah malah sempat menyerahkan hantaran sekaligus duduk di dalam rumah itu.

Menerusi Tribun Lombok, rombongan tersebut juga telah pergi ke kediaman seorang wanita yang mengadakan majlis pertunangan.

Sesat ke majlis orang

Difahamkan, mereka tersesat saat menggunakan share location di Google Maps yang diterima oleh mereka.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila di kampung tersebut mempunyai dua majlis iaitu pernikahan dan pertunangan membuatkan mereka tersesat di rumah yang salah.

Terpaksa tahan malu

Berdasarkan rakaman video tersebut, dapat dilihat rombongan pengantin beransur keluar serta membawa barangan hantaran. Tentunya kejadian tersebut memalukan mereka semua.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur akan kejadian tersebut selain turut berkongsi pengalaman yang hampir sama dialaminya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen