Mak cik Petir meninggal dunia

Oleh: Zuzu Yasmine

Dukacita dimaklumkan pelakon, Noryati Taib atau lebih dikenali dengan panggilan 'Mak Cik Petir' menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.45 pagi hari ini.

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh anaknya, Faizul Hafiz Hashim menerusi akuan Facebook miliknya awal pagi tadi.

"Dukacita dimaklumkan mama saya (Noryati Taib) telah meninggal dunia pada 1.45 pagi sebentar tadi.

"Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang yang beriman," katanya dalam hantaran berserta gambar.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, jam 10 pagi.

Terdahulu, Noryati yang terkenal dengan gelaran Makcik Petir pernah beberapa kali berdepan keadaan kritikal sekitar September 2017.

Pelakon ini terkenal dengan gelaran Makcik Petir berikutan lakonannya memegang watak Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama lakonannya seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty, Tari Tirana dan banyak lagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen