Wany Hasrita tunjuk skill bawa lori, netizen kagum siap titip pesan lagi

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang tidak mengenali artis bersuara lunak ini, sikapnya yang lemah lembut dan ayu sememangnya sangat disenangi peminat.

Wany Hasrita sememangnya aktif dalam menggunakan media sosial untuk berunteraksi dengan peminat malah sering memuat naik pelbagai perkongsian khas buat pemintanya.

Terbaru, penyanyi berusia 29 tahun itu memuat naik satu video akan menunjukkan kebolehannya memandu lori di laman Twitter malah, mendapat pelbagai reaksi dari warganet.

Sempat minta diundi lagi

Penyanyi yang terkenal dengan Belenggu Rindu itu juga sempat berseloroh dengan meminta orang ramai mengudinya disebabkan wajahnya dikatakan agak mirip dengan wakil rakyat dari DUN Ketari iaitu YB Young Syefura Othman atau mesra disapa YB Rara.

“Hai, sedangkan lori pun saya boleh handle, inikan lagi masa depan kita. Undilah saya,” tulisnya.

“Elok-elok bawa lori, bimbang terlanggar hati”

Melihat ke ruangan komen Twitter, rata-rata waragnet memuji akan kebolehan penyanyi tersebut selain turut berseloroh dengannya. Selain turut meluahkan rasa kebimbangan sekiranya video berkenaan akan disalah tafsir oleh mana-mana pihak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen