Salute, ibu gigih siapkan anak dalam kereta sambil kejar waktu kerja awal pagi

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu yang sentiasa ingin beri terbaik buat anak-anak. Itu belum lagi terpaksa berkejar masa untuk menguruskan anak-anak ketika hendak pergi kerja.

Terpaksa kejut awal pagi

Itulah yang dilalui seorang ibu muda bergelar jururawat ini yang tular di TikTok kerana terpaksa mengejutkan anaknya awal pagi untuk menghantar ke sekolah sebelum bergerak ke tempat kerja setiap hari.

Dalam video yang dimuat naik, memaparkan wanita berkenaan dan anaknya sudah lengkap memakai uniform di dalam kereta. Dapat dilihat si ibu mengenakan uniform jururawat manakala anaknya pula berbaju sekolah.

Anak masih mengantuk

Bagaimanapun, anaknya dilihat masih tidur kepenatan di atas pangkuan sementara si ibu menyikat rambut dan menyiapkan anaknya ke sekolah.

“Setiap hari macam ni lah. ‘Rushing’ nak kerja, jadi akan siapkan anak dalam kereta. Anak pun terpaksa bangun awal. Jarak rumah ke tempat kerja 30km lebih. Semoga urusan kita dipermudahkan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

"Tabahnya seorang ibu"

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut merasai cabaran hampir sama seperti ibu muda tersebut selain turut meluahkan rasa kagum melihat kegigihan seorang ibu dalam membesarkan anak-anak mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen