Pukul & halang ‘bodyguard’ berpuasa, majikan didapati operasi kegiatan haram

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara memukul dan mengugut menggunakan pistol terhadap dua orang pengawal peribadi kerana berpuasa, telah berjaya membongkar kegiatan haram majikannya.

Menerusi laporan Harian Metro, suspek utama dipercayai menjalankan aktiviti perjudian dalam talian dan Ah Long.

Difahamkan, ketika serbuan dilakukan di Bukit Tinggi, pihak polis turut menemui wang tunai dan jongkong emas bernilai hampir RM30 juta di premis berkenaan.

Individu terbabit dikatakan 'kepala' sindiket yang sudah menjalankan perniagaan haram itu sejak lima tahun lalu di beberapa lokasi di negara ini.

Menurut sumber, individu berusia 40-an terbabit dikatakan menjalankan kegiatan nombor ekor tidak berlesen dan penggunaan pengawal peribadi sebagai perlindungan daripada musuh perniagaan.

"Individu terbabit menjalankan operasi haramnya di beberapa tempat termasuk di Perak, Kuala Lumpur dan Pahang," katanya.

Sebelum ini, tular akan dua pengawal peribadi dibelasah menggunakan rotan dan diacukan pistol disebabkan enggan menuruti arahan majikan supaya tidak berpuasa.

Susulan itu, polis menahan empat individu dipercayai terbabit dalam kejadian dua lelaki dipukul di belakang badan dengan rotan oleh majikannya seperti tular di media sosial.

Kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan.

Mahkamah Majistret Klang membenarkan permohonan polis untuk menahan reman semua empat suspek selama tiga hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen