Berjaya lepasi kelayakan ketat, 2 pelajar cemerlang Malaysia bakal ke Universiti Harvard Ogos ini

Oleh: Zuzu Yasmine

Tak sangka diterima masuk ke universiti terbaik dunia, dua pelajar dari Malaysia berkongsi kegembiraan apabila berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Harvard di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS).

Difahamkan, dua anak muda ini Muhammad Hamdi Hakimi, 20, dan Jarell Cheong Tze Wen, 20, tidak berkenalan rapat namun pernah bertukar nombor telefon dan sempat bertegur di PPD Kuala Lumpur pada 2019 lalu.

Difahamkan, dua anak muda ini bakal melanjutkan pengajian di universiti terbaik dunia bermula Ogos ini.

Gembira ada rakan senegara

Ketika dihubungi, Muhammad Hamdi bersyukur kerana penat lelah selama ini berbaloi malah tidak sangka bakal melanjutkan pelajaran ditempat yang sama bersama Jarell.

"Saya bersyukur penat lelah selama ini berbaloi. Malah, tidak sangka saya dan Jarell dapat masuk universiti sama.

"Jadi, saya agak bersemangat kerana ada rakan senegara yang akan melanjutkan pengajian di tempat sama, malah kami bercadang akan berlepas ke AS bersama," katanya.

Satu amanah & tanggungjawab

Katanya, dia menganggap bahawa kejayaan menajutkan pengajian ke universiti tersebut merupakan satu amanah dan tanggungjawab berat yang perlu digalas sebaiknya.

"Mula-mula dapat tahu berita ini melalui emel Januari lalu, saya rasa macam tak percaya tetapi apabila difikirkan semula, ia satu amanah dan tanggungjawab berat yang harus saya pikul.

"Saya tekad akan gunakan peluang ini untuk belajar dengan tekun dan menyumbang semula kepada masyarakat dan negara dalam bidang ekonomi.

"Saya harap pelajar di luar sana jangan cepat berputus asa dan tempuh apa jua cabaran dengan sabar kerana pada akhirnya nanti pasti ada lebih baik untuk kita," katanya yang menerima biasiswa daripada Bank Negara Malaysia.

Pastikan impian tercapai

Begitu juga dengan Jarell yang memaklumkan bahawa akan menggunakan peluang melajutkan pelajaran di universiti terbabit sebaik mungkin bagi memastikan impiannya dalam profesion kewangan tercapai meskipun menerima tawaran dari universiti lain.

"Sebenarnya saya juga diterima masuk ke universiti lain di AS dan United Kingdom, tetapi saya memilih Universiti Harvard kerana program di universiti itu sangat bagus dan mencabar.

"Bukan semua orang dapat masuk universiti ini, jadi saya akan gunakan peluang itu untuk cabar diri saya buat perkara paling susah.

"Walaupun sukar, saya akan cuba buat terbaik kerana universiti itu tempat terbaik untuk belajar Matematik," ujarnya.

Dalam pada itu, Jarell memaklum bahawa kini dia sedang mencari biasiswa bagi membiayai yuran pengajiannya selama empat tahun di universiti terbabit.

Untuk makluman, Muhammad Hamdi adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah dan kini mengambil A-Level di Kolej Tuanku Ja'afar, Mantin, Negeri Sembilan, manakala Jarell pula bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara.

Mereka berdua antara 1,968 pemohon bertuah dan berjaya melepasi kelayakan ketat daripada 57,435 permohonan seluruh dunia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen