Janggal jika tak berpuasa, wartawan TV3 akui mula berpuasa sejak usia 16 tahun lagi

Oleh: Zuzu Yasmine

Berlainan kepercayaan agama bukan satu penghalang untuk rakyat Malaysia saling menghormati dan hidup dalam suasan aman harmoni.

Malah, kepercayaan yang berbeza itu membuatkan Malaysia lebih meriah dengan pelbagai budaya serta lebih mudah mengeratkan hubungan sesama insan.

Seperti kisah seorang wartawan TV3 bernama Kumaran Rajamoney yang mengakui tidak pernah melepaskan peluang untuk berpuasa di bulan Ramadan sejak 20 tahun lalu.

Menerusi temubual bersama Getaran, Kumaran mengatakan bahawa amalan berpuasa di bulan Ramadan sudah menjadi satu kebiasaan baginya dan akan merasa janggal jika tidak melakukannya.

Namun, tahun ini agak berbeza baginya apabila bulan Ramadan kali jatuh pada tarikh hari lahirnya iaitu pada 13 April lalu.

Berpuasa sejak umur 16 tahun lagi

Berkongsi mengenai latar belakang dirinya, Kumaran mendedahkan bahawa dia sudah mula berpuasa sejak umur 16 tahun lagi.

“Saya mula puasa sejak usia 16 tahun sewaktu sedang bekerja secara sambilan di sebuah butik pengantin. Waktu itu, majikan saya sememangnya menyediakan sarapan dan makan tengah hari buat semua pekerja.

“Tiba bulan puasa, majikan saya itu menyediakan juadah berbuka pula kepada kakitangan yang rata-ratanya Melayu. Bermula dari situ saya mula belajar dan berjaya puasa selama seminggu.” ujarnya.

Kumaran turut mengatakan bahawa sejak hari itu, dia berusaha meningkatkan jumlah hari berpuasa sehinggalah berjaya berpuasa penuh sewaktu bujang dari tahun 2005 hingga 2008.

Pernah sebumbung dengan rakan Melayu

Bercakap mengenai pengalaman berpuasa, lelaki berketurunan India mengatakan bahawa dia pernah tinggal bersama rakan serumah berbangsa Melayu dan setiap kali Ramadan mereka akan mengejutnya bersahur serta berbuka bersama-sama.

“Kini apabila sudah berkerjaya dan berkeluarga, kadang-kadang saya terpaksa ponteng puasa kerana terdapat kenduri saudara-mara dan sebagainya. Tetapi jika tiada aral, saya tetap akan berpuasa dan tahun lalu, saya berpuasa selama 28 hari.” katanya lagi.

Ibu tak halang berpuasa

Katanya lagi, ibunya turut pernah berpuasa di bulan Ramadan sewaktu berkerja di sebuah kilang dahulu malah tidak pernah menghalangnya kerana wanita berkenaan juga kerap berpuasa mengikut tuntutan agama mereka.

“Cuma isteri, S. Kanjana, 36, yang merasa pelik ketika kami mula-mula berkahwin pada 2014 dulu. Namun akhirnya, dia faham akan apa yang saya lakukan malah turut membeli kurma untuk saya berbuka puasa.” luahnya bangga.

Sehubungan itu, Kumaran juga mendedahkan bahawa dia pernah diminta oleh individu tertentu untuk membantu membelikan makanan buat mereka yang tidak berpuasa.

Namun dia menolak pemintaan tersebut kerana merasakan itu bukan satu tindakan manis untuk dilakukan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen