Langgar kereta dari belakang sebelum samun, 4 suspek tak bekerja diberkas

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam, tular akan satu video cubaan sekumpulan lelaki sedang menendang dan memecahkan cermin kereta di tepi jalan raya dalam media sosial.

Menerusi laporan Harian Metro, sekumpulan lelaki bertindak melanggar sebuah kereta dari belakang sebelum samun dan mencederakan mangsa namun, empat lelaki tempatan tersebut berjaya diberkas.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, kejadian berlaku di Taman Sentosa, Klang kira-kira jam 4.30 petang terhadap seorang pemandu lelaki bersama sepupunya sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang.

“Kenderaan mangsa dikatakan tiba-tiba dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Honda Civic yang dinaiki empat lelaki.

"Suspek kemudian didakwa memecahkan cermin kereta, menarik mangsa keluar dari kenderaan dan memukulnya dengan menggunakan kayu.

"Malah, suspek didakwa turut merampas sebuah telefon bimbit milik sepupu mangsa," katanya.

Dalam pada itu, Shamsul Amar mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan video itu.

Bertindak atas maklumat dan laporan diterima, beliau berkata, kesemua suspek berumur 23 hingga 35 tahun berjaya itu ditangkap bermula jam 7 hingga 11 malam tadi di beberapa kawasan sekitar daerah Klang Selatan.

"Hasil ujian awal saringan air kencing mendapati semua suspek yang tiada pekerjaan itu positif dadah jenis methamphetamine.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 394/427 Kanun Keseksaan," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen