Berang disuruh pakai 'mask', pekerja kedai dicekik & dikasari warga emas

Oleh: Zuzu Yasmine

Tular sejak semalam akan seorang perkerja kedai dicekik dan dimarahi hanya gara-gara menegur seorang lelaki tidak memakai pelitup muka di Senawang.

Dimarahi lelaki tak dikenali

Menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna Facebook, Izlin Idris telah berkongsi akan ramakan dari televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang lelaki memakai baju putih telah memarahi perkerja kedai serta bertindak mencekik lehernya.

“Tak nak pakai mask bila masuk kedai. Budak muda tu tegur supaya pakai mask, nak dipukulnya budak tu,” tulisnya di ruang kapsyen.

Tiada orang bantu leraikan

Difahamkan, ketika kejadian tiada sesiapa pun bertindak untuk meleraikan pertelingkahan berkenaan disebabkan pemilik kedai cuti serta pekerja tersebut hanya seorang diri ketika itu.

“Tak ada siapa tolong leraikan, boss cuti... staff lain tak mana entah,” tulisnya di dalam video berkenaan.

Berdasarkan video yang dikongsi itu, dapat dilihat lelaki berbaju putih itu beberapa kali melakukan kekasaran terhadap pekerja kedai berkenaan namun, tiada sebarang tindak balas daripadanya.

"Adik tu malas lawan"

Sehubungan dengan itu, rakaman tersebut mendapat perkongsian hampir 1,500 serta ratusan komen yang rata-rata meluahkan rasa geram selain bersimpati akan nasib yang menimpa pekerja kedai berkenaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen