Azan terlebih awal 3 minit, nazir Masjid Seri Gombak mohon maaf puasa jemaah terbatal

Bagi umat Islam yang berpuasa, laungan azan adalah yang paling dinanti-nantikan yang menandakan telah masuknya waktu berbuka dan waktu azan di setiap tempat juga adalah berbeza.

Pun begitu, telah tular di media sosial terhadap satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak  yang memaklumkan bahawa kariah masjid tersebut perlu menggantikan semula puasa pada hari Isnin lalu berikutan kesilapan masjid itu tersilap waktu melaungkan azan maghrib tiga minit awal sebelum waktu sebenar.

Berpunca daripada kesilapan teknikal

Nazir Masjid Al-Khiriyah iaitu Wan Nawawi Wan Dagang mewakili penduduk sekitar dalam kenyataannya memohon maaf serta meminta maaf di atas kejadian tersebut yang berpunca daripada kesilapan teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid.

Ambil maklum pandangan ulama'

Dalam kenyataan tersebut, pihak mereka juga mengambil pandangan jumhur ulama' sebelum memutuskan sama ada puasa tersebut perlu diganti atau sebaliknya agar orang ramai jelas dengannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen