"Sama seperti tahun lalu..."- PDRM sedia anggota periksa rumah ke rumah pada musim Aidilfitri

Memasuki tahun kedua rakyat Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan pilu. Bukan sahaja tidak dibenarkan untuk rentas negeri bahkan bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga dalam daerah yang sama juga perlu sentiasa berwaspada sewaktu menyambut perayaan paling bermakna itu pada tahun ini.

Hal ini adalah kerana Polis Diraja Malaysia(PDRM) kini bersiap sedia untuk menjalankan pemeriksaan rumah ke rumah seperti tahun lepas sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti bagi memastikan tiada aktiviti rentas negeri tanpa kebenaran.

PDRM sedia anggota periksa rumah ketika Aidilfitri

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman iaitu Datuk Seri Abd Rahim Jaafar memaklumkan bahawa strategi yang sama itu dijangka akan digunakan dan ditambah baik memandangkan larangan rentas negeri masih berkuatkuasa sehingga kini.

"Kita akan buat pemeriksaan sama ada mereka mempunyai surat kebenaran untuk balik (kampung) dan sebagainya. Pemeriksaan akan dilakukan mengikut beberapa aspek seperti jumlah kereta yang banyak di sesebuah rumah."

-Abd Rahim-

Sedia maklum SOP baru rentas negeri

Selain itu, beliau menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang hanya membenarkan perjalanan rentas negeri pada hari Isnin hingga Khamis, tidak termasuk bagi kes kecemasan dan kematian berikutan ramai pihak salah faham menegenai pengumuman mengenainya Isnin lepas.

Seterusnya, bagi mereka yang mempunyai kes kecemasan, kematian dan sebagainya masih dibenarkan pada hari Jumaat hingga Ahad dan sesiapa mempunyai urusan kerja pada hujung minggu juga perlu mengemukakan surat sokongan untuk memperoleh kebenaran rentas negeri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen