Kes harian terus meningkat, kawalan plaza tol di sempadan antara negeri kembali diperketat

Sejak beberapa hari ini, kes harian Covid-19 kembali menunjukan peningkatan hari demi hari.

Sekatan Jalan kembali diperketat

Susulan perkara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal ketat plaza tol di ibu negara dan di setiap jalan masuk sempadan negeri melalui sekatan jalan raya bagi mengawal pergerakan rentas negeri dalam mengekang wabak Covid-19 ini.

Menurut Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman iaitu Datuk Azisman Alias memaklumkan bahawa keputusan memperketatkan pergarakan rentas negeri dibuat susulan arahan Timbakan Ketua Polis Negara iaitu Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

"Ketika ini perjalan merentas negeri sedang diperketatkan di plaza-plaza tol. Selain itu, perjalanan rentas negeri masih terkawal di jalan masuk sempadan negeri oleh sekatan jalan raya di bawah pentadbiran Ketua Polis Negeri masing-masing."

-Azisman Alias-

Aliran trafik masih lancar

Selain itu, bagi mengulas pula berkenaan alirah trafik, beliau memberitahu bahawa ketika ini aliran trafik adalah lancar dan berjalan seperti biasa.

"Aliran trafik seperti biasa dan lancar. Walaupun ada sedikit peningkatan (aliran trafik) tetapi masih lagi terkawal. Hanya pada waktu puncak, berlaku sedikit kesesakan waktu pergi pejabat dan di sebelah petang untuk balik dari pejabat ke rumah."

-Azisman Alias-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen