Alami tekanan belajar, gadis 15 tahun nekad terjun bangunan sekolah

Sejak kebelakangan ini, banyak portal rasmi menyajikan kepada kita berita yang memaparkan tentang tindakan segelintir masyarakat yang nekad membunuh diri gara-gara mengalami tekanan yang melampau sehingga mendorong diri bertindakan sedemikian.

Situasi itu bukan sahaja berlaku dalam kalangan wanita bujang dan berkeluarga malah juga dalam kalangan kanak-kanak dan pastinya ia merupakan isu yang sangat serius.

Pelajar 15 tahun nekad terjun bangunan

Terbaharu, Kosmo telah melaporkan satu lagi kejadian cubaan bunuh diri yang melibatkan seorang pelajar berusia 15 tahun yang nekad bertindak terjun daripada bangunan sekolah.

Akibat daripada tindakan tersebut, pelajar terbabit mengalami kecederaan patah tulang belakangan dan kaki kanannya.

Kejadian awal sebelum nekad terjun

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor iaitu Superitendan Ramli Kasa memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati pelajar itu hadir ke sekolah pada jam 7 pagi dengan kelasnya berada di tingkat tiga bangunan tersebut.

Tambahnya lagi, setengah jam kemudian remaja itu telah keluar kelas dan melompat melalui koridor bangunan.

"Siasatan awal mendapati suspek sebelum ini mempunyai tekanan dalam pembelajaran dan tidak mampu menahan tekanan itu lagi sebelum nekas terjun."

"Tiada sebarang unsur jenayah berlaku berhubung kejadian tersebut."

-Polis-

Untuk makluman, kini remaja terbabit masih berada di unit kecemasan HSB dan telah disimen di bahagian pinggil sehingga dada selain menjalani pemeriksaan ujian imbasan (CT Scan)

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen