"Cop parking untuk kawan tu..." - Gelagat wanita menari di parking OKU jadi perhatian netizen

Oleh: Zuzu Yasmine

Tular di media sosial akan video seorang wanita berpakaian serba merah sedang asyik menari di kotak parking di tempat awam.

Perkara tersebut bukan sahaja menjadi perhatian netizen namun sekaligus menimbulkan rasa ingin tahu akan tujuan wanita berkenaan bertindak sedemikian rupa.

Menari dengan lagu dari kereta

Berdasarkan video berdurasi 30 saat itu menunjukkan seorang wanita yang sedang begitu asyik menari berserta lagu yang agak kuat dari dipercayai dari kereta miliknya.

Tidak hanya itu, dia juga terlihat seperti tidak menghiraukan keadaan sekeliling meskipun ada kereta lalu lalang di kawasan tersebut dan hanya fokus kepada tariannya.

Kereta dibiar terbuka

Dalam video tersebut juga dapat dilihat keadaan kereta yang dipercayai miliknya juga dibiarkan terbuka terutama pada pintu pemandu dan bonet belakang.

Bagaimanapun, tindakan wanita tersebut meletakkan kereta di tempat parkir orang kurang upaya (OKU) menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Meskipun begitu, sehingga kini masih belum ada sebarang maklumat atau penjelasan berhubung perkara tersebut.

“Buat TikTok kot”

Sehubungan itu, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi berkenaan video tersebut yang rata-rata merasakan wanita berkenaan mabuk serta sedang merakam video TikTok.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen