Bunyikan hon beri laluan kepada van jenazah, pemuda ikhlas tak harapan balasan

Oleh: Zuzu Yasmine

Sekadar ingin memudahkan urusan tanpa mengharapkan balasan, seorang penghantar makanan mengkui ikhlas bertindak membunyikan hon motosikal bagi memberi laluan kepada van jenazah seperti video yang tular baru-baru ini.

Menerusi laporan Harian metro, Muhammad Aziimul Fahmi Zanah berkata, dia hanya mahu memudahkan urusan orang lain apatah lagi dalam keadaan jalan raya yang sesak.

“Jalan agak sesak dengan kenderaan ketika itu kerana ia waktu orang ramai baru pulang kerja. Ketika menunggang motosikal, saya ternampak van jenazah tetapi bergerak perlahan kerana tidak mendapat laluan.

“Jadi, saya terus memintas dan cuba memohon kerjasama pengguna lain untuk memberi laluan dengan membunyikan hon hingga van jenazah itu sampai di Masjid Talhah bin ‘Ubaidillah di Bukit Jalil,” katanya.

Permuda berkenaan juga mengakui itu adalah tindakan spontan ketika dia baru keluar dari sebuah pusat beli belah.

Tidak hanya itu, pemuda berusia 25 tahun itu turut menawarkan diri mengurus mengebumikan jenazah wanita yang meninggal dunia akibat barah usus itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohol.

“Saya tawarkan diri untuk membantu kerana mahu menimba pengalaman. Saya tidak pernah lakukannya sebelum ini,” ujar anak kelima daripada lapan beradik itu.

Terdahulu, video tersebut telah tular selepas dikongsi Pengerusi, Pengasas dan Sukarelawan Unit Khas Van Jenazah iaitu Mr Wan Cai di laman Facebook yang terharu serta hargai usaha murni pemuda tersebut.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen