Sikap suka membanding-bandingkan merupakan sikap yang paling tidak digemari oleh semua orang tidak kiralah dalam kalangan pekerja dengan majikan, ibu mentua dengan menantu dan ada juga ibu yang membandingkan anaknya sendiri.
Sebagai orang muda, jelas sekali kita perlu hormat dengan tidak menunjukkan sebarang ekspresi secara spontan apabila dibandingkan namun dari sudut hati yang paling dalam sikap seperti adalah sesuatu yang sangat menyakitkan.
Pemberian dibandingkan
Menerusi perkongsian video di Tiktok oleh @UlfahLatifah yang menceritakan detik bilamana emaknya membanding-bandingkan baju raya pemberiannya dengan kakak ipar lain yanga mana kualiti kain pemberian mereka lagi bagus.
Menurut Ulfa, emaknya selalu bertanya tentang baju raya kerana kebanyakan orang sudah mulai membuat persiapan menyambut lebaran tidak lama lagi namun dia tidak menyangka melihat respon emaknya saat menerima baju tersebut.
Baju dipulangkan semula
Susulan perkara itu, dia mengambil keputusan untuk memulangkan semula kesemua 4 pasang baju yang dibelinya untuk emak, dua orang kakak iparnya dan untuk dia sendiri. Gara-gara tidak yakin kakak iparnya akan suka baju tersebut jadi dia kembalikan semula semuanya.
'Ibu kandung'
'Senyuman cuba untuk kuat'
'Dibandingkan memang sakit'
Tinggalkan Komen