"Semangat serumpun!" - Rakyat Indonesia terharu usaha TLDM bantu pencarian kapal selam hilang

Oleh: Zuzu Yasmine

Kejadian menimpa negara jiran Indonesia akan kehilangan kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI) iaitu KRI Nanggala-402 sememangnya melahirkan rasa sebak ramai pihak.

Menerusi media tempatan melaporkan, kapal selam tersebut terputus hubungan ketika menjalani latihan pada jam 4.30 pagi Rabu lalu di sekitar perairan Bali.

TLDM turut hulur bantuan

Berikutan itu dengan rasa bertanggung jawab, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut menghulur bantuan bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak Khamis lalu.

Ketersediaan Malaysia dengan mengatur gerak kapal penyelamat MV Mega Bakti dalam membantu musibah dihadapi negara jiran telah menyentuh hati rakyat Indonesia yang masing-masing meluahkan rasa terharu di platform media sosial.

Terima kasih Malaysia!

Berdasarkan beberapa ciapan di laman Twitter, dapat dilihat beberapa rakyat Indonesia mengucapkan terima kasih atas usaha pihak TLDM dalam menghulurkan bantuan serta mendoakan agar semua 53 anak kapal dapat diselamatkan.

Malah, beberapa individu juga turut mendoakan agar hubungan Malaysia-Indonesia akan terus terjalin erat bukan hanya dasar politik namun dari semua aspek.

Salam hormat buat rakyat Malaysia

Selain itu, seorang pengguna TikTok juga tidak ketinggalan menunjukkan rasa hormat dan berterima kasih kepada TLDM dengan memaparkan laporan berita mengenai TLDM sedang belayar menuju ke perairan Bali Utara.

Menurut maklumat terkini yang berleggar di media sosial, bekalan oksigen yang terdapat dalam kapal selam berkenaan hanya mampu bertahan selama 72 jam sahaja dan dipercayai telah kehabisan pada Sabtu jam 3 pagi, hari ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen