"Rasa macam gelap dunia..." - Anak berebut chopstick tercucuk mata ibu ketika solat

Oleh: Zuzu Yasmine

Malang tak berbau menimpa seorang wanita apabila matanya nyaris buta setelah tercucuk chopstick ketika sedang menunaikan solat.

Anak berebut chopstick

Pengalaman mengerikan itu dikongsikan oleh Ummu Naielah di Facebook miliknya dengan mengatakan bahawa awalnya anaknya berebut chopstick tersebut.

Namun, tanpa sengaja aksi rebut merebut itu berakhir dengan tercucuk matanya sewaktu dia sedang solat berjemaah bersama suami.

“Umi tengah solat maghrib berjemaah dengan abi, masa nak sujud tu tetiba rasa macam gelap dunia sekejap, umi just nampak biru ungu macam siaran tv nak putus gitu,” kongsinya.

Terpaksa jahit koyakan di mata

Menurut wanita berkenaan, kesan dari tusukan tersebut dia mengalami luka dan koyakan pada bahagian mata putih.

Dengan menahan sakit, dia segera ke klinik pakar mata untuk jahit dalam mata disebabkan terdapat koyakan serta bimbang berlaku jangkitan kuman.

Pengajaran buat ibu bapa

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini juga turut berpesan kepada ibu bapa agar tidak leka sekiranya anak-anak bermain dengan sesuatu yang tajam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen